Senin, 29 Oktober 2007

Artikel E. Setiawan

KONSEP ADD

1. APAKAH ITU ADD?

Akhbar Dalam Darjah (ADD) dilaksanakan hasil kerjasama Berita Harian dengan pelbagai rangkaian Kementerian Pendidikan bertujuan menjadikan akhbar sebagai bahan pengajaran (tool for instruction) di bilik darjah.

Program ADD dilancarkan oleh bekas Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada 29 Jun 1985.

2. SEJARAH ADD (NIE) DI AMERIKA SYARIKAT

Pelaksanaan ADD didasarkan kepada konsep NIE (Newspaper in Education) yang dijalankan di Amerika Syarikat.

“The Newspaper in Education program in existence for more than 30 years is a national system of cooperation between school districts and local newspaper. Some 600 newspaper - representing 76.5 percent of daily circulation - participate in the NIE program throughout the academic year Students at all grade levels use the newspaper as a vital part of their studies.”

Prof Edward F DeRoche,
Dean, School of Education,
University of San Diego, USA.

Kecenderungan menggunakan akhbar di bilik darjah bermula pada awal kurun ke-20. Pada 1930-an hingga 1995 beberapa akhbar seperti The New York Times and Milwaukee Journal melaksanakan program itu di sekolah-sekolah.

Pada 1955 - 1960 ia semakin berkembang dan International Circulation Managers Association menyelaraskan kegiatan dengan mengadakan bengkel di kalangan guru dan ahli pendidikan di beberapa universiti.
Program ini dikenali sebagai “Newspaper in Classroom”.

Mulai 1958 American Newspaper Publishers Association Foundation (ANPA) mengambil alih pengelolaan, penyelarasan dan penajaan akhbar di sekolah sehingga sekarang. Berita Harian dan New Straits Times adalah anggota bersekutu.

Pada 1976, ANPA mengganti nama “Newspaper in Classroom” kepada “Newspaper in Education”.

Di Malaysia program ini dilaksanakan oleh akhbar Berita Harian yang dikenali sebagai ADD dan akhbar New Straits Times dengan program NIEnya.

3. PENGENALAN KONSEP ADD

Penggunaan akhbar dalam pendidikan melalui Konsep ADD adalah didasarkan kepada pelaksanaan Newspaper in Education (NIE) yang popular di Amerika Syarikat, beberapa negara Eropah, Australia dan New Zealand.

Beberapa pegawai dari kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) telah mengadakan tinjauan di beberapa negara berkenaan terutama Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang melaksanakan program NIE.

Akhirnya akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian merancang untuk mempopularkan konsep itu di negara ini. NST menubuhkan Unit NIE dan Berita Harian menubuhkan Unit Akhbar Dalam Darjah (ADD).

Setelah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pendidikan, akhirnya ADD menjadi kenyataan apabila dilancarkan oleh bekas Pengarah Pendidikan Malaysia Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada 29 Jun 1985.

Bermula daripada tarikh itu, Berita Harian melalui Unit ADD dengan sokongan dan kerjasama Kementerian Pendidikan mengadakan pendedahan Konsep ADD kepada guru dan bakal guru di peringkat kebangsaan negeri, daerah, maktab perguruan, fakulti pendidikan universiti dan Pusat Kegiatan Guru (PKG).

4. KONSEP ADD

ADD ialah ‘Akhbar Dalam Darjah” bermaksud penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain itu juga berfungsi untuk memupuk kecenderungan dan minat membaca di kalangan pelajar.

Jelasnya sasaran ADD ialah untuk;

(a) Pengajaran dan pembelajaran

(b) Memupuk minat membaca

5. BAGAIMANAKAH CARA PENGGUNAAN?

(a) Guru mempunyai senaskhah akhbar

(b) Setiap murid mempunyai naskhah akhbar sendiri

(c) Akhbar digunakan adalah daripada jenis dan tarikh yang sama. Bagaimanapun boleh disesuaikan berdasarkan tajuk dan bidang pelajaran yang hendak diajar, misalnya boleh digunakan akhbar daripada tarikh yang berbeza.

(d) Pengajaran dan pembelajaran didasarkan kepada bahan daripada akhbar yang digunakan itu.

(e) Tetapi kandungan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran. Bukan digunakan secara sewenang-wenang.

(f) Bagaimanapun akhbar bukanlah untuk menggantikan buku teks di bilik darjah. Ini bermakna penggunaannya dihadkan, iaitu digunakan apabila dirasakan penting atau dalam tempoh tertentu seperti seminggu atau dua minggu sekali.

6. MENGAPAKAH GURU DAN MURID DISARANKAN MEMPUNYAI AKHBAR SENDIRI?

TUJUAN KHAS

(a) Ia dapat menukarkan suasana belajar

Pengajaran yang dijalankan dengan pelajar mempunyai naskhah akhbar sendiri berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang tersendiri. Keadaannya adalah berbeza dengan menggunakan potongan akhbar. Pada umumnya suasana itu adalah ke arah meningkatkan motivasi belajar.

(b) Membezakan daripada buku teks

Penggunaan akhbar membezakan daripada penggunaan buku teks. Murid-murid tentu lebih tertarik untuk menatap bahan itu apabila diminta berbuat demikian. Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang tidak normal.

(c) Menjadikan pengajaran lebih berkesan

Pengajaran bagi tajuk dan bidang tertentu dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Contohnya, pengajaran surat kiriman rasmi tajuk surat memohon kerja. Murid boleh memilih jawatan kosong yang diiklankan untuk menulis surat kiriman memohon jawatan.

(d) Dapat mewujudkan beberapa aktiviti belajar

i. membaca dan menyemak
ii. mencari bahan
iii. menyesuaikan bahan
iv. menanda bahan yang dikehendaki
v. membuat aplikasi
vi. menanda bahan yang dikehendaki
vii. menggunting dan menampal

(e) Sesuai dengan pelaksanaan pengajaran berdasarkan konsep pemusatan murid

Oleh kerana murid banyak membuat aktiviti, dengan secara tidak langsung pengajaran berdasarkan konsep pemusatan kepada murid seperti yang disarankan itu terlaksana.

(f) Boleh digunakan untuk waktu (period) atau mata pelajaran lain

Senaskhah akhbar boleh digunakan untuk beberapa kali mengajar atau untuk mata pelajaran lain. Bagaimanapun tidak sesuai digunakan banyak kali kerana mendatangkan kejemuan kepada pelajar di samping keadaannya menjadi lusuh.

TUJUAN UMUM

(a) Kesempatan kepada murid memiliki akhbar dan menatap akhbar

Berdasarkan tinjauan rambang Berita Harian, didapati ramai juga murid yang tidak pernah membeli akhbar untuk dibaca di rumah. Oleh itu program ADD memberi kesempatan kepada mereka berbuat demikian. Dengan membiasakan mereka membeli dan memiliki bahan bacaan.

(b) Dorongan membaca

Mendorong murid membaca bahan-bahan lain selain daripada yang digunakan untuk tujuan pengajaran terutamanya apabila mereka tidak mempunyai kerja sewaktu dalam bilik darjah atau sementara menanti guru lain masuk kerana pertukaran mata pelajaran.

(c) Untuk bacaan masa lapang sewaktu di rumah

Oleh kerana akhbar itu milik sendiri, mereka boleh membawa pulang ke rumah. Ini memberi peluang kepada mereka dan juga keluarga mengisi masa lapang dengan membaca.

(d) Kesempatan kepada murid memahami kandungan akhbar

Melalui konsep ADD, guru boleh menerangkan beberapa perkara mengenai akhbar terutama halaman dan kandungan akhbar.

Misalnya, mereka akan menyedari bahawa akhbar menyiarkan pelbagai jenis berita dan rencana yang mencakupi pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, agama, kemasyarakatan, kewangan dan sebagainya yang sewajarnya dibaca oleh pelajar.

(e) Murah dan senang didapati

Akhbar harian kebangsaan khususnya Berita Harian boleh didapati di segenap pelusuk tanah air setiap hari. Oleh itu masalah mendapatkan akhbar setiap hari tidak menjadi masalah.

Ia juga bahan bacaan yang paling murah dibandingkan dengan buku dan majalah. Sementara itu melalui pengedaran Berita Harian menerusi program ADD, potongan harga sebanyak 50 % diberi kepada permintaan melalui perkhidmatan berkenaan. Peluang ini harus digunakan sebaik-baiknya oleh pelajar.

7. MENGAPAKAH MENGGUNAKAN AKHBAR?

(a) Metodologi

i. Pengajaran menarik

Akhbar dapat menjadikan pengajaran menarik dan membantu memperkembangkan potensi, minat dan bakat pelajar secara menyeluruh dalam pelbagai bidang dan kemahiran.

ii. Merentasi kurikulum

Bahan akhbar dapat disesuaikan dengan kehendak kurikulum untuk hampir semua mata pelajaran. Jelasnya akhbar merentasi kurikulum. Ia dapat digunakan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di samping subjek-subjek lain seperti Matematik, Kajian Tempatan, Pendidikan Seni, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah rendah manakala mata pelajaran seperti Perdagangan, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Pengajian Am dan Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah menengah.

Bagaimanapun tidak semua tajuk bagi sesuatu mata pelajaran terdapat dalam akhbar.

iii. Dapat mengubah suasana dan persekitaran belajar

Pelajar akan merasa suasana dan persekitaran belajar yang baru dengan menggunakan akhbar. Suasana dan persekitaran ini jika diuruskan dengan sempurna menjadikan pembelajaran menarik dengan pembabitan pelajar secara maksimum.

iv. Mengubah pengajaran yang berpusatkan guru

Apabila pelajar mempunyai akhbar sendiri, guru boleh mendorongkan mereka melakukan banyak kegiatan melalui bahan itu. Ini akan menepati konsep pengajaran berpusatkan murid, bukan berpusatkan guru seperti yang sering terjadi apabila menggunakan buku teks.

v. Membantu membina kemahiran belajar

  • mendapat/mencari maklumat
  • mencari idea utama daripada sesuatu berita atau rencana
  • memperkembangkan kemahiran berfikir secara kritikal
  • memahami hubungan sebab dan akibat
  • mengenal pasti huraian-huraian yang penting
  • meningkatkan kemahiran membaca

vi. Mengumpul bahan pelajaran

Pelajar boleh mengumpul bahan pelajaran dengan pelbagai cara seperti berdasarkan tajuk atau membuat buku skrap.

vii. Dapat disesuaikan dengan keperluan penerapan nilai-nilai murni

Aspek berkenaan boleh diterapkan melalui berita atau gambar seperti tolong-menolong, bekerjasama dan menghormati anggota masyarakat.

(b) Motivasi

i. Memberangsangkan pelajar untuk belajar dan membaca. Ini disebabkan bahan daripada akhbar adalah bahan semasa.

ii. Senang digunakan

Pengajaran berdasarkan akhbar dikatakan senang digunakan kerana ia seolah-olah pelajar itu sedang membaca akhbar.

iii. Menghubungkan pelajar dengan dunia nyata

Adalah menyeronokkan kerana bahan pengajaran didasarkan bahan semasa yang sebenarnya berlaku. Sesetengahnya berlaku dekat dengan tempat tinggal pelajar seperti di bandar yang berhampiran atau di negerinya.

(c) Umum

i. Akbar adalah buku teks seumur hidup bagi seseorang. Oleh itu latihan pembacaan yang betul sewaktu di sekolah menyebabkan mereka dapat membaca akhbar dengan mendapat manfaat secara maksimum.

ii. Pembentukan pemikiran yang luas selaras dengan konsep “pengantarabangsaan” dan “globalisasi” seperti yang disarankan oleh Sukatan Pelajaran KBSR dan KBSM.

iii. Mempunyai pelbagai bahan yang ada antaranya diminati pelajar. Ini menyebabkan mereka lebih terdorong untuk belajar.

iv. Membantu memperkembangkan ilmu pengetahuan, terutama pengetahuan sampingan kepada pelajar sama ada melalui bahan berita dan rencana atau gambar dan grafik. Slogan Berita Harian sendiri ialah “Ilmu dan Maklumat”.

v. Bahan bacaan yang senang dan mudah didapati.

Akhbar didapati di seluruh pelusuk tanah air. Ini disebabkan peningkatan sistem perhubungan di negara ini. Boleh dikatakan tidak ada tempat yang tidak boleh didapati akhbar di negara ini.

Perkembangan teknologi canggih menyebabkan akhbar-akhbar kebangsaan dapat menubuhkan lagi percetakan kawasan yang kesannya menyebabkan akhbar boleh diagihkan dengan cepat ke seluruh negara.

vi. Menyedari kepelbagaian kandungan akhbar.

Dengan mempunyai akhbar sendiri, pelajar dapat memahami kerencaman kandungan akhbar. Ia dapat difahami melalui penerangan guru. Dengan mengenai kepelbagaian kandungan akhbar, ia akan mendorong mereka membaca bahan yang selama ini tidak menarik minat mereka.

vii. Menghubungkan pelajar dan pelajaran dengan dunia luar.

viii. Menyediakan pelajar dengan maklumat.

ix. Proses memperkembangkan budaya ilmu di kalangan pelajar.

(d) Kreativiti

i. Menyerlahkan kreativiti guru. Ini disebabkan dalam akhbar tidak dinyatakan bahawa mengenai bahan yang boleh digunakan untuk mengajar sesuatu tajuk bagi sesuatu mata pelajaran. Oleh itu apabila guru berjaya melaksanakannya, yakni mengajar sesuatu tajuk bagi sesuatu mata pelajaran ia adalah sebenarnya kreativiti guru itu sendiri.

ii. Boleh ditanda, diwarna, digunting dan ditampal.

Dengan mempunyai akhbar sendiri, aktiviti seperti menanda, mewarna, menggunting dan menampal dapat dilakukan. Pelajar dapat menunjukkan kreativiti masing-masing melalui aktiviti tersebut.

iii. Sensitif dengan apa yang berlaku

iv. Merangsangkan pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai ruangan disediakan atau bertindak berdasarkan maklumat.

v. Aplikasi dan adaptasi terhadap apa yang diajar.

vi. Kemahiran berfikir.

MENGAPA BERITA HARIAN MEMPOPULARKAN ADD?
  1. Sejajar dengan falsafah Berita Harian: Ilmu dan Maklumat
  2. Berita Harian sebagai akhbar kebangsaan yang menepati konsep persuratkhabaran.
  3. Menyumbangkan peranan menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara melalui KBSR dan KBSM.
  4. Mempunyai rangkaian pengedaran di seluruh negara
  5. Menganggotai NIE di peringkat antarabangsa melalui ANPA dan sebagainya.

Matematika, Siapa Takut?

Selasa, 29 Oktober 2007
Kategori : Kesehatan

Matematika sering kali dianggap pelajaran momok. Tak cuma si anak yang kebingungan, orang tua pun sering dibuat kalang kabut.

Segala daya dikerahkan para orang tua bagi anaknya. Mulai dari les sampai ikut bimbingan belajar. Tapi beberapa waktu terakhir ada lembaga yang khusus menyelenggarakan kursus matematika. Ada yang menggunakan Metode Kumon, sementara lainnya menggunakan alat bantu sempoa.

Kembangkan potensi individu

Sebenarnya nama Kumon adalah nama keluarga penemu metode belajar matematika, Toru Kumon. Guru matematika SMU di Jepang itu pada tahun 1954 pertama kali menyusun sendiri bahan pelajaran matematika untuk membimbing anaknya belajar matematika. Setelah terbukti memberi hasil memuaskan pada anaknya dan juga anak didik dan tetangga dekatnya, ia pun ingin menerapkan cara belajar dan bahan pelajaran ini kepada sebanyak mungkin anak. Tak heran dengan sifatnya yang universal, kini Metode Kumon telah dapat diterapkan di 40 negara, termasuk Indonesia.

Prinsip dasar metode yang disebarluaskan ke Indonesia pada Oktober 1993 ini adalah pengakuan tentang potensi dan kemampuan individual tiap siswa. "Maka, seseorang yang mendaftar kursus Kumon harus mengikuti tes penempatan," tutur Suita Sary Halim, pimpinan penyelenggara kursus Kumon. Tes penempatan itu untuk mengetahui titik pangkal siswa, supaya siswa dapat mengerjakan bahan pelajaran sesuai dengan kemampuannya. Tak heran bila soal itu biasanya bisa selesai dalam batas waktu tertentu, biasanya hanya dalam hitungan menit.

Setelah itu, ia akan terus berlatih mengerjakan soal-soal latihan sesuai kemampuan, daya konsentrasi dan ketangkasan, bukan berdasar tingkat kelas formal atau usia siswa saja. Siswa SD kelas II bisa saja menghadapi soal latihan untuk SD kelas I, "Karena mungkin yang ia kuasai benar baru pelajaran di kelas I," ujar Suita.

Sebagai contoh, mungkin saja ada siswa SD kelas II yang harus belajar penambahan yang termudah. Misalnya, 1 + 1 = 2, 2 + 1 = 3, 3 + 1 = 4, 4 + 1 = 5, 5 + 1 = 6, dst. Namun begitu jangan dianggap enteng karena ia harus menyelesaikan sebanyak 50 soal hitungan serupa hanya dalam waktu 2 menit. Latihan itu dilakukan berulang kali, sampai ia menguasai dan mampu di luar kepala menjawab soal serupa. Selanjutnya, ia akan meningkat ke bagian berikut, namun dengan tingkat perbedaan kesulitan yang sangat kecil, misalnya 1 + 2 = 3, 2 + 2 = 4, dan seterusnya.

Maka jangan kaget bila dalam kelas bisa ditemukan siswa dalam berbagai tingkat usia. Begitu pun, beberapa siswa yang duduk di tingkat kelas yang sama tidak berarti akan memulai mengerjakan soal latihan yang sama pula. "Kembali lagi karena masalah potensi dan kemampuan yang berbeda dari tiap siswa. Maka yang diterapkan adalah belajar perseorangan," tutur Suita sambil menambahkan tiap siswa Kumon mendapat bahan pelajaran yang berbeda dengan siswa lainnya, baik jumlah lembar kerja maupun tingkat bahan pelajarannya.

Karena mulai belajar dari bagian yang tepat, dalam arti sesuai dengan kemampuannya, dan program dibuat secara perseorangan, siswa tidak akan menemui kesulitan belajar. Yang muncul justru perasaan senang belajar matematika. Penyebab yang lain karena di lembaga ini tidak tertutup kemungkinan untuk merevisi dan mengembangkan bahan pelajaran agar anak-anak tidak mengalami kesulitan dalam belajar dan tidak kehilangan semangat belajarnya. Selain itu prestasi antara satu siswa dengan yang lain tidak dibanding-bandingkan, sehingga kalaupun ada yang agak lambat mencapai kemajuan tidak akan merasa kecil hati dan putus asa.

Uniknya, berkat metode yang mengunggulkan kemampuan dan semangat belajar perseorangan itu, biasanya setelah 6 bulan - 1 tahun, siswa sudah bisa mencapai tingkat pelajaran di sekolahnya, setelah itu melampauinya.
Kemajuan dari hasil belajar siswa Kumon memang sangat bervariasi. Ada siswa yang menyelesaikan seluruh bahan pelajaran Metode Kumon, hingga level Q mengenai probabilitas dan statistika, dalam waktu 2 tahun 10 bulan. "Namun, sekecil apa pun kemajuannya, kami akan selalu mengakui setiap hasil yang telah mereka capai dan menunjukkan jalan agar pada diri setiap anak timbul rasa percaya diri dan keberanian," ujar Suita sambil menambahkan pada umumnya prestasi siswa sesudah mengikuti kursus metode ini meningkat, terutama dari segi akademis.

Disiplin berlatih

Kumon menilai kunci keberhasilan belajar matematika adalah dengan banyak berlatih. Tak heran bila selama belajar dengan Metode Kumon siswa akan mendapat banyak porsi latihan. Dalam tiap satuan lembar kerja terdapat puluhan soal, sehingga untuk satu materi bahasan ia akan mengerjakan hingga ratusan soal latihan. Maka, untuk menyelesaikan seluruh topik bahasan, bila ia jadi siswa sejak tingkat pertama, jumlah soal latihan yang dikerjakannya tentu mencapai puluhan ribu!

Di Kumon, menurut Suita, siswa yang sudah punya kemampuan cukup yang bisa maju ke tingkat lebih tinggi. Bagi yang belum cukup akan terus mendapat pengulangan, sehingga nantinya ia tidak mendapat kesulitan saat mengerjakan bahan pelajaran yang lebih tinggi.

Selain itu Kumon memberlakukan sistem nilai 100, artinya tiap latihan harus benar dikerjakan semua sebelum bisa berganti lembar pelajaran. Siswa yang melakukan kesalahan harus memperbaiki sendiri sampai mendapat nilai 100. Cara ini dinilai efektif agar siswa tidak lagi melakukan kesalahan yang sama.

Namun, kenaikan tingkat sering kali tidak terasa. Ini karena perubahan bahan pelajaran dibuat sedemikian kecil, bahkan halus dan sistematis. Bahan pelajaran meningkat seiring dengan kemampuan penalaran sendiri, jarang sekali ia harus minta bantuan pembimbing. Cara ini akan membentuk kebiasaan belajar mandiri yang berguna untuk menggali potensi diri-sendiri.

Selain materi pelajaran, waktu belajar siswa pun digodok matang. Siswa umumnya datang ke kelas 2 kali seminggu dengan waktu belajar rata-rata 30 menit, tergantung tingkat bahan pelajarannya. "Namun, di luar hari kelas, mereka mendapat PR dengan jumlah yang tepat sesuai kemampuannya setiap hari," ujar Dani Wulansari, staf lembaga Metode Kumon.

Semua cara belajar itu diterapkan pada seluruh peserta kursus tanpa memandang usia, karena Kumon memang bisa diikuti oleh siswa pada usia berapa pun. "Pendaftarannya pun terbuka setiap saat," ujar Dani sambil menambahkan sebaiknya siswa mempelajari metode ini sejak usia dini, karena hasilnya tentu akan lebih memuaskan. Yang terutama dirasakan adalah kemampuan berpikir matematis akibat latihan mengkoordinasikan angka-angka menggunakan otak dan tangan. Khususnya latihan hitungan dengan Metode Kumon akan terasa sangat membantu untuk mengenal matematika tingkat SMP dan SMA, sehingga ia akan dengan mudah mengerjakan soal-soal persamaan, pemfaktoran, juga diferensial dan integral.

Dengan demikian, Metode Kumon bukan hanya meningkatkan penguasaan matematika, tapi juga berbagai kemampuan belajar pada anak, mulai dari konsentrasi dan ketangkasan kerja, semangat kebiasaan belajar mandiri, kebiasaan belajar setiap hari. Bila ia bisa menyelesaikan soal latihan matematika dari sekolah dengan cepat, maka ia bisa menggunakan sisa waktu untuk mempelajari ilmu lain. Alhasil, pelajaran lain pun pasti akan meningkat.

Dari pasir sampai manik-manik

Konon dengan sempoa seorang anak dapat menjawab sederetan soal hitungan penjumlahan dan pengurangan hanya dalam beberapa menit. Yang dilakukannya cuma menjentak-jentikkan biji manik-manik sempoanya dengan cekatan.

Sempoa memang bukan barang baru. Diduga alat hitung ala abakus pertama dimiliki suku Babilonia dalam bentuk sebilah papan yang ditaburi pasir. Di atasnya orang bisa menorehkan berbagai bentuk huruf atau simbol. Tak heran bila ia disebut abakus yang dalam bahasa Yunaninya abakos, artinya 'menghapus debu'. Ketika berubah fungsi menjadi alat hitung, bentuknya pun diubah. Permukaan pasir itu menjadi papan yang ditandai garis-garis lengkap dengan sejumlah manik-manik satuan, puluhan, ratusan, dan seterusnya.

Alat itu makin disempurnakan di zaman Romawi. Papannya dibuat berlekak-lekuk cekung agar saat menghitung manik-manik mudah digerakkan dari atas ke bawah.

Orang Cina mengembangkan "hsuan-pan" (nampan penghitung) alias abakus itu menjadi dua bagian. Pada jeruji atas dimasukkan dua manik-manik dan jeruji bawah lima manik-manik. Di abad pertengahan abakus makin tersebar luas, di antaranya sampai ke Eropa, Arab, dan seluruh Asia.

Abakus sampai di Jepang pada abad ke-16. Namun Jepang mengubah susunan manik-manik menjadi satu pada jeruji atas dan empat di jeruji bawah. Satu manik-manik jeruji atas bernilai lima dan empat di jeruji bawah (dimulai dari tengah ke kiri) bernilai satuan, selanjutnya puluhan, ratusan, dan seterusnya. Sedangkan di bagian tengah ke kanan untuk menghitung bilangan desimal. Rupanya abakus ala Jepang ini yang belakangan populer kembali, termasuk di Indonesia.

Menanam sempoa di otak
Munculnya mesin hitung elektronika di AS tahun 1946, rupanya tidak menggoyahkan kepopuleran sempoa. Malah anak yang sudah sangat fasih menghitung dengan metode sempoa telah dibuktikan mampu mengalahkan cara hitung dengan komputer.

Belakangan berbagai kursus mental aritmatika sempoa memang menjamur di kota-kota besar. Menurut salah satu penyelenggara kursus, yaitu Yayasan Aritmatika Indonesia (YAI) yang mengambil lisensi dari Malaysia, berhitung metode sempoa hanya melibatkan hitungan tambah, kurang, kali, dan bagi.

Satu paket belajar terdiri atas 10 tingkat yang kenaikannya harus melalui ujian. Pada tingkat I - III anak belajar penjumlahan dan pengurangan. Pada tingkat IV diajarkan perkalian dan pembagian. Bila satu tingkat selesai dalam tiga bulan, berarti untuk menamatkan 10 tingkat perlu waktu 30 bulan atau 2,5 tahun. Umumnya bila sudah sampai tingkat terampil, mungkin setelah belajar 6 bulan - 1 tahun, sekitar tingkat II atau III, murid diharapkan mampu menghitung tanpa alat bantu apa pun. Sepuluh baris pertanyaan perkalian tiga digit angka dengan tiga digit angka bisa selesai kurang dari 30 detik!

Hal ini bisa terjadi karena anak sudah hapal lokasi satuan, puluhan, ratusan, dst. Cukup dengan membayangkan posisi manik-manik sempoa sambil memainkan jari-jari tangannya, ia bisa menemukan hasil hitungan. Pada tingkat ini ia sudah mampu menghitung cepat di luar kepala. Visualisasi penggunaan sempoa sudah tertanam dalam otaknya.

Namun, ada catatan penting lain, menurut sistem YAI, pelatihan aritmatika sempoa paling sesuai untuk anak usia 6 - 12 tahun karena mereka sedang dalam taraf mempelajari metode dasar eksakta.

"Pikiran mereka masih jernih, belum terlalu dipengaruhi metode aritmatika lain," tutur Ibu Tia, praktisi sistem YAI di Sanggar Kreativitas Bobo, Jakarta.

Akhirnya, selain bisa berhitung cepat, metode ini berguna untuk mengoptimalkan fungsi-fungsi otak, khususnya otak kanan yang meliputi daya analisis, ingatan, logika, imajinasi, reaksi tinggi, dll. Menurut teori mental aritmatika, pemahaman atas disiplin dasar eksakta ini akan membuat anak mampu menguasai dan menggunakan secara optimal seluruh potensi dan kreativitas dirinya, termasuk menyerap ilmu-ilmu lanjutannya nanti. Untuk kehidupan sehari-hari latihan ini akan melatih mental anak agar menjadi lebih tekun serta disiplin.

Ilmu kemampuan dasar

Kemampuan menghitung dengan cepat, tentu akan menunjang anak dalam pelajaran matematika di sekolah. Atas pertimbangan itu Kepala Sekolah SD Dharma Karya Drs. H. Masduki memasukkan metode ini dalam mata pelajaran di sekolah yang dipimpinnya. "Karena saya pernah melihat ada anak SMP yang menghitung masih dengan alat bantu jari-jari tangan."

Selain itu, ia membaca di surat kabar rencana akan makin banyaknya diterapkan ilmu kemampuan dasar di tingkat pendidikan dasar. Menurut dia, "Salah satu ilmu kemampuan dasar adalah aritmatika yang meliputi penguasaan berhitung tambah, kurang, kali, bagi." Bila landasan berhitungnya cukup kuat, siswa tentu tak akan menghadapi masalah dalam memahami matematika yang sesuai dengan tuntutan kurikulum dan GBPP.

SD Dharma Karya mengajarkan metode sempoa aritmatika sejak tahun ajaran baru silam dengan mengambil dua jam dari 10 jam pelajaran matematika. Metode ini diperkenalkan pada siswa kelas I hingga VI. "Repotnya, kalau diajarkan pada siswa di kelas V atau VI, mental berhitung mereka sudah terbentuk yaitu menghitung dengan alat bantu jari tangan, sedangkan jumlah jari tangan sangat terbatas. Tak heran, kalau sering kali matematika sulit dikuasai karena tidak ada bekal ilmu berhitung," aku Wito, guru mata pelajaran metode sempoa.

Nantinya, murid kelas I sekarang saat duduk di kelas V akan mendapat pelajaran aritmatika sosial. "Siswa belajar menerapkannya dalam masalah sehari-hari, misalnya saat berbelanja," tutur Wito yang mengaku sempat bekerja keras merakit sempoa sederhana untuk dipakai berlatih murid-muridnya.

Ternyata Wito punya target yang sama dengan YAI, yaitu memasukkan sempoa bayangan ke otak anak. Tugas pertamanya adalah bagaimana agar muridnya lancar mengoperasikan sempoa. Di otak setiap gerakan bisa punya makna dalam hitungan. Sehingga kalau pun tanpa sempoa siswa tak akan kesulitan dalam berhitung.

Menurut Wito, murid-muridnya tak pernah bosan belajar dengan sempoa. Murid-muridnya tak merasa sedang belajar, malah lebih merasa sedang bermain manik-manik sempoa.

Masduki tak mengingkari masalah yang mungkin muncul. Berbeda dengan kursus, di mana satu anak punya sempoa sendiri yang bisa dipakai berlatih di rumah, sempoa di sekolahnya hanya dipinjamkan pada siswa saat pelajaran. Belum lagi jumlah siswa satu kelas yang mencapai 35 orang, sehingga mungkin saja ada anak yang agak lambat menguasainya. "Namun, selalu ada jalan keluar, misalnya memberi pengajaran remedial atau pengayaan," tutur Masduki yang, sama seperti guru dan orang tua mana pun, bertekad memberikan bekal terbaik untuk generasi penerusnya. (Setiawan.Endang 1984.;)

Tidak ada komentar: